Keluarga penerjun 14 tahun China tolak tawaran lumayan - Utusan Malaysia

Keluarga penerjun 14 tahun China tolak tawaran lumayan

QUAN Hongchan ketika melakukan terjunan emas dalam acara 10m platform individu Sukan Olimpik Tokyo 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUANDONG: Keluarga Quan Hongchan, penerjun remaja sensasi yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik Tokyo menolak pemberian ganjaran dan wang yang diterima dari seluruh China selepas orang ramai mengetahui latar belakang atlet itu.

Hongchan muncul bintang China paling menyerlah di Olimpik Tokyo 2020 selepas atlet berusia 14 tahun itu menguasai acara terjun dan membawa pulang pingat emas.

Kisah di sebalik kejayaan gadis kecil itu yang berusaha keras untuk mendapatkan emas Olimpik bagi membantu ibunya yang sakit menarik perhatian peminat sukan seluruh dunia.

Bukan sahaja melakar kejayaan besar di Olimpik, malah dia dilihat seorang remaja yang amat berkarisma dan sangat disukai, selain mudah tersenyum hingga menjadi selebriti selepas temasya berakhir.

Sebaik saja warga China mengetahui latar belakangnya, mereka segera mengirimkan hadiah, bermurah hati untuk memberi pelbagai tawaran dan mengubah kampungnya menjadi lokasi pelancongan.

RUMAH keluarga Hongchan di Maihe, wilayah Guangdong menjadi tumpuan orang ramai. – IHSAN MEDIA SOSIAL

Ibu gadis itu sakit ekoran kemalangan kereta yang teruk pada 2017 dan mereka bertahan dengan gaji bapanya yang rendah hasil daripada menanam oren.

Media tempatan melaporkan kampung Hongchan dekat Maihe di wilayah Guangdong menjadi tumpuan ramai selepas dia mempamer aksi cemerlang dalam final acara 10 meter plaform individu wanita di Tokyo minggu lalu.

Quan Wenmao, bapa kepada atlet berkenaan pada Ahad lalu ditawarkan sebuah pangsapuri, hartanah komersial dan wang sebanyak AS$30,800 (RM130,000).

Bagaimanapun dia menolak kesemua tawaran itu, lapor Southern Metropolis Daily.

QUAN Hongchan ketika menerima ucapan tahniah daripada jurulatihnya selepas memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 2020.

“Saya berterima kasih kepada mereka kerana datang ke tempat saya tetapi saya tidak ambil apa-apa. Saya tak ambil wang,” katanya beberapa hari selepas anaknya memenangi pingat emas di Olimpik.

Dia juga meminta orang ramai yang datang ke rumahnya supaya pulang.

“Mereka boleh mengucapkan tahniah dari jauh. Tidak perlu sehingga datang ke sini. Ia mengganggu hidup kami,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya