Kelly berehat sebelum harungi jadual padat - Utusan Malaysia

Kelly berehat sebelum harungi jadual padat

PEMAIN golf negara, Kelly Tan mencatat rekod yang baik pada pusingan terakhir Sukan Olimpik 2020 Tokyo, minggu lalu dengan catatan tujuh di bawah par, 64 pukulan.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain golf negara, Kelly Tan kini memerlukan rehat panjang sebelum menjalani kehidupan yang sangat sibuk sepanjang musim panas ini.

Kelly Tan mengejutkan peminat golf tanah air apabila mencatat rekod yang baik pada pusingan terakhir Sukan Olimpik Tokyo, minggu lalu dengan catatan tujuh di bawah par, 64 pukulan.

“Saya akan berehat selama beberapa minggu kerana akan menghadapi jadual pertandingan yang sagat padat selepas ini.

“Saya tidak akan berada di Asia selepas ini sebaliknya berada di San Diego, Amerika Syarikat,” katanya.

Harapan Kelly untuk menyumbang pingat kepada Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila tidak konsisten dalam tiga pusingan pertama.

Keputusan double bogey dalam dua pusingan pertama nyata mengganggu kecemerlangan Kelly.

“Saya selalu menasihatkan diri saya untuk kekal bersabar dan di sini saya mampu bersabar dan meraih keputusan positif pada hari terakhir.

“Satu perkara saya sedar ialah perlawanan akan jadi milik saya sekiranya saya bersabar kerana keputusan akan hadir jika saya bersabar dengan permainan sendiri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya