Kelantan tiada tuah - Ragini - Utusan Malaysia

Kelantan tiada tuah – Ragini

AKSI Kelantan FC ketika menentang Terengganu FC II kelmarin. - IHSAN TRW KELANTAN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tiada tuah.

Itu reaksi pengendali Kelantan FC, Marco Ragini selepas The Red Warriors (TRW) tumpas 0-2 kepada Terengganu FC II (TFC II) dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini kelmarin.

Ragini berkata, sepanjang 20 minit pertama barisan pemainnya beraksi dalam keadaan tidak selesa apabila memberikan ruang yang banyak kepada lawan sehingga mereka berjaya menjaringkan gol pertama pada minit kelapan.

Menurutnya, situasi itu berterusan sehingga tamat separuh mata pertama menyebabkan Kelantan FC lebih banyak ‘berkampung’ di kawasan sendiri untuk mengekang asakan lawan.

“Bagaimanapun, kita beraksi dengan baik pada babak kedua dengan mencipta beberapa peluang terbaik sehingga lawan pula terpaksa bertahan.

“Bagaimanapun ia dinafikan oleh ketumpulan penyudah sekali gus membantutkan hasrat Kelantan FC untuk menjaringkan gol,” katanya.

Ragini memberitahu, secara keseluruhan dia berpuas hati dengan aksi yang diperagakan oleh barisan pemain Kelantan FC pada perlawanan itu.

Katanya, tempoh rehat selama seminggu sebelum bertemu dengan Sarawak United akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memastikan Kelantan FC tidak terus keciciran mata.

“Saya akui masalah kecederaan juga satu cabaran buat Kelantan FC, jadi saya perlu cari ramuan terbaik untuk mengatasi masalah tersebut,” ujarnya.

Pada perlawanan itu, TFC II terlebih dahulu merobek kubu tuan rumah menerusi rembatan deras Jordan Mintah pada minit kelapan selepas menerima hantaran lambung dari rakan sepasukan.

Derita Kelantan FC terus berpanjangan apabila Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali menambah jaringan kedua TFC II pada minit ke-79.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya