Kelantan FC tidak akan main 'bertahan' - Utusan Malaysia

Kelantan FC tidak akan main ‘bertahan’

PEMAIN Kelantan menjalani latihan akhir semalam menjelang aksi Liga Perdana menentang Negeri Sembilan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: The Red Warriors (TRW) sama sekali tidak akan mengamalkan corak permainan ‘bertahan’ untuk berdepan Negeri Sembilan FC pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV hari ini.

Penolong jurulatih TRW, Rezal Zambery Yahya (gambar) berkata, meskipun berdepan ujian getir pada aksi itu nanti dia menuntut barisan pemain Kelantan FC untuk memperagakan permainan berkualiti bagi memastikan tiga mata menjadi milik mereka.

“Saya sudah ingatkan pemain supaya segera ‘memadamkan’ kekalahan di tangan Kuching City tempoh hari, sebaliknya kembali fokus untuk berdepan Negeri Sembilan. Hal ini kerana kita mahu meraih mata pada aksi itu nanti.

“Saya optimis Kelantan FC mempunyai peluang, namun kita tidak boleh mengambil mudah kemampuan lawan. Jadi saya mahu barisan pemain berjuang mati-matian untuk dapat mata,” katanya.

Anak kelahiran Batu Pahat Johor itu memberitahu, dua penggempur sensasi Negeri Sembilan FC Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak dan Alain Akono perlu ‘dirantai’ kemas oleh barisan pertahanan TRW.

Katanya, dua tonggak itu dilihat mampu memberi masalah kepada Kelantan FC jika diberikan ruang yang banyak untuk bergerak dalam pertemuan itu nanti.

“Apa yang penting kita perlu memanfaatkan setiap peluang terhidang supaya kami tidak beraksi dalam ‘tekanan’ berdepan Negeri Sembilan FC nanti,” ujarnya.

Selepas mengharungi 17 perlawanan, Kelantan FC kini menghuni tangga ke tujuh Liga Perdana dengan mengumpul 21 mata hasil enam kemenangan, tiga seri dan lapan kalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya