Kelab bola sepak tertekan pemain tak mahu ambil vaksin - Utusan Malaysia

Kelab bola sepak tertekan pemain tak mahu ambil vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kelab-kelab bola sepak semakin tertekan mahukan pemain mereka mendapatkan vaksin atau mereka terlepas beraksi di pentas Eropah dan saingan antarabangsa.

Ramai pemain enggan mendapatkan vaksin Covid-19 dan kelab sedang berusaha memujuk mereka.

Pemain bagaimanapun tidak diwajibkan untuk mendapatkan vaksin dan ia terpulang kepada kemahuan sendiri.

Bagaimanapun, garis panduan untuk mereka yang tidak divaksin semakin ketat dan menyebabkan banyak kelab tidak mahu merisikokan pemain mereka.

Sebab utama adalah mereka tidak dibenarkan ke tempat lain dan ia mencetuskan kebimbangan dalam kelab.

Ada negara yang tidak membenarkan akses buat pemain yang tidak divaksin atau perlu mematuhi sistem kuarantin yang lebih ketat.

Perkara itu akan menyukarkan kelab jika ingin beraksi di peringkat Eropah dan mewakili negara.

Liga Perdana Inggeris bagaimanapun sudah mula mewajibkan vaksin kepada pemain dan bermula 1 Oktober, semua yang ingin menonton perlawanan wajib mengambil vaksin.

Sementara itu, kebanyakan pemain Middlesbrough enggan mengambil vaksin dan pengurus mereka, Neil Warnock membidas pemain yang enggan divaksin.

“Kami cuba menyuruh pemain untuk vaksin tetapi ia adalah pilihan sendiri. Saya tidak pasti kenapa mereka enggan mengambil vaksin, mungkin mereka menerima nasihat yang salah,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya