‘Kami sudah tahu akan menang’ - Utusan Malaysia

‘Kami sudah tahu akan menang’

PEMAIN JDT meraikan kejayaan muncul juara Liga Super kali kelapan berturut-turut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora sudah tahu pasukannya akan menjuarai Liga Super sekali lagi sebelum sepak mula menentang Sri Pahang FC di Stadium Sultan Ibrahim, di sini semalam.

Mora berkata, Tok Gajah yang turun tanpa kehadiran beberapa bintang utama hanya memudahkan tugas Harimau Selatan mengesahkan kejuaraan Liga Super kelapan berturut-turut ketika saingan masih berbaki dua perlawanan.

Katanya, prestasi Sri Pahang yang terumbang ambing memberi kelebihan buat mereka yang hanya tewas sekali musim ini untuk mengutip tiga mata.

“Lawan kami bukan pada tahap terbaik, sekali gus memudahkan tugas kami.

“Mereka dibarisi ramai pemain muda. Ketiadaan tonggak lawan memberi ruang buat pemain JDT bermaharajalela menguasai permainan di atas padang dan mengutip tiga mata,” ujarnya.

Ketua jurulatih berusia 42 tahun itu mendedikasikan kejayaan menjuarai Liga Super buat lapan musim berturut-turut kepada penyokong setia skuad Harimau Selatan yang diasaskan pada 2013.

BERGSON da Silva dan Safiq Rahim meraikan jaringan JDT ketika menentang Sri Pahang dalam aksi Liga Super. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Katanya, peranan serta pengaruh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku ‘bos JDT’ menjadi inspirasi dan tulang belakang di atas kejayaan yang diraih pasukan pada hari ini termasuk memperkukuhkan dominasi Harimau Selatan dalam kancah Liga Super.

Bagi Mora, sokongan yang diberikan Tunku Ismail dari sudut kewangan kelab yang kukuh, penyediaan persekitaran dan kemudahan yang canggih serta sokongan dari segi mental dan emosi menjadikan JDT pasukan paling berjaya pada hari ini.

“Tugas saya pula hanyalah untuk membantu JDT, menggilap bakat pemain untuk mencapai prestasi sebenar dan merealisasikan impian Tunku Ismail meraih pencapaian yang membanggakan sepanjang tempoh ini.

“Bukan mudah buat JDT untuk berada di tahap ini dan semua ini adalah hasil titik peluh baginda. Kami hanya perlu membayarnya dengan memenangi kejuaraan demi kejuaraan sehingga kami obses dengannya dan menjadikan kami dahagakan kemenangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya