Juara Olimpik sempat mengait sambil tonton aksi terjun - Utusan Malaysia

Juara Olimpik sempat mengait sambil tonton aksi terjun

Tom Daley sempat mengait baju sambil menonton saingan akhir acara 3 meter papan anjal wanita yang turut disertai penerjun Malaysia, Nur Dhabitah Sabri semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Bintang terjun Great Britain, Tom Daley mencuit hati peminat di Tokyo apabila dilihat sempat mengait sambil menonton final acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam.

Terkenal dengan kemahiran mengait, Daley yang memenangi pingat emas 10 meter platform seirama bersama Matty Lee, Isnin lalu, hadir di Pusat Akuatik Tokyo bagi menyaksikan acara papan anjal wanita biarpun tiada penerjun Great Britain beraksi pada saingan akhir.

Dia dilihat tekun mengait ketika berada di tempat duduk penonton bersama rakan-rakan sepasukan dan pegawai, sambil sesekali matanya melihat ke arah kolam renang.

“Tiada apa untuk dilihat di sini, hanya@TomDaley1994 sedang mengait di tempat terjun,” tulis Team GB dalam Twitter.

Penerjun berusia 27 tahun itu sebelum ini turut berkongsi di Instagram bagaimana dia sempat mengait kantung kecil untuk menyimpan pingat emas yang dimenanginya bagi memastikan ia selamat serta tidak bercalar.

Olimpian empat kali itu sering berkongsi minatnya terhadap jahitan serta sulaman bersama lebih 500,000 pengikut di Instagram.

Jumaat nanti, Daley akan turun ke kolam renang sekali lagi untuk bersaing memburu pingat dalam acara 10m platform individu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya