Jepun berbelah bagi benarkan budak sekolah jadi penonton Paralimpik - Utusan Malaysia

Jepun berbelah bagi benarkan budak sekolah jadi penonton Paralimpik

KEPUTUSAN penganjur Sukan Paralimpik Tokyo 2020 untuk membenarkan pelajar sekolah menjadi penonton di temasya berkenaan ditentang oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Penganjur bersedia menerima puluhan ribu pelajar sekolah sebagai penonton bagi Sukan Paralimpik Tokyo walaupun negara itu sedang berdepan penyebaran varian Delta, selain mereka juga belum menerima suntikan vaksin.

Temasya itu bakal membuka tirai hari ini hingga 5 September dengan syarat sama seperti Sukan Olimpik diteruskan iaitu tiada penonton dari negara luar.

Kira-kira 4,400 atlet dari 160 buah negara bakal bertanding pada temasya kali ini.

Meskipun Tokyo berada dalam darurat namun cada­ngan membenarkan pelajar sekolah hadir sebagai penonton disokong oleh Gabenor Tokyo, Yuriko Koike.

Bagaimanapun mereka perlu mendapat keizinan daripada ibu bapa dan sekolah.

Laporan berita sebelum ini menyebut jumlah pelajar yang terlibat antara 130,000 hingga 140,000.

Setakat ini, kira-kira 40 peratus penduduk Jepun telah menerima vaksin penuh de­ngan 5,074 kes baharu Co­vid-19 dilaporkan di Tokyo Sabtu lalu, sekali gus buat pertama kali angka kes itu mencatat 5,000 selama empat hari berturut-turut.

Kes baharu harian meningkat mendadak sejak penganjuran Sukan Olimpik yang berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos lalu.

Kelmarin, Tokyo melaporkan 4,392 kes baharu Covid-19 de­ngan 15,500 kematian dicatatkan di Jepun.

“Generasi ini adalah generasi yang akan menjadi masyarakat pada masa akan datang. Oleh itu, kita begitu bersemangat untuk memberikan mereka kesempatan ini,” kata jurucakap Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020, Masa Takaya.

Perkara itu turut disokong ketua Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Andrew Parsons dengan menyifatkan ia merupakan satu pengajaran yang bermanfaat.

Begitupun, penasihat kesihatan tertinggi Jepun, Dr. Shigeru Omi tidak bersetuju dan me­negaskan bahawa situasi kali ini lebih teruk berbanding pada Olimpik lalu.

“Jika anda fikir membenarkan kemasukan penonton, ia adalah keputusan yang keterlaluan,” tegas Omi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya