JDT waspada muslihat MU - Utusan Malaysia

JDT waspada muslihat MU

PEMAIN JDT menjalani latihan akhir di Johor kelmarin menjelang pertemuan menentang Melaka United malam ini. – IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) berwaspada de­ngan muslihat Melaka United (MU) kerana percaya pasukan itu mampu mencipta kejutan ketika bermain di laman sendiri seperti yang dilakukan ketika menewaskan Terengganu FC 2-0 sebelum ini.

Pengendali Harimau Selatan, Benjamin Mora menuntut anak buahnya untuk menuai tiga mata dari Stadium Hang Jebat apabila berdepan Sang Kancil bagi aksi Liga Super pada malam ini.

Mora berkata, kemenangan itu amat penting bagi memboleh­kan JDT menghampiri trofi Liga Super kelapan berturut-turut sejak memenanginya pertama kali pada 2014.

“Setiap kali bertemu Melaka, ia pasti menjadi satu perlawanan yang sengit kerana pasukan itu bermati-matian untuk mencalar ego JDT lebih-le­bih lagi apabila beraksi di laman sendiri.

“Kami tahu betapa penting­nya buat pasukan untuk memenangi perlawanan ini. Sekiranya kami mampu meneruskan ren­tak kemenangan, kami se­langkah menghampiri gelaran juara Liga Super buat musim kelapan,” katanya.

JDT kini selesa menerajui liga dengan lapan mata selepas pencabar terdekatnya, Terengganu terlepas peluang memberi tekanan setelah seri tanpa jari­ngan dengan Sabah kelmarin.

Kata Mora, semua pemain Harimau Selatan berada di tahap terbaik bagi mengharungi enam baki perlawanan dengan Leandro Velazquez akan kembali menyertai pasukan sebaik saja pulih daripada kecederaan.

Pengendali dari Mexico itu turut memberi baya­ngan akan menggandingkan dua bek import, Shane Lowry dan Mauricio Dos Santos bagi membentuk benteng pertahanan ampuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya