JDT II berpesta gol di Larkin - Utusan Malaysia

JDT II berpesta gol di Larkin

PENYERANG JDT II, Daryl Sham (kanan) meraikan gol keduanya bersama Fernando Rodriguez dalam aksi Liga Perdana menentang skuad Projek FAM-MSN di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim II (JDT II) memberi pengajaran berguna buat skuad Projek FAM-MSN selepas menjinakkan lawan 5-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin sebentar tadi.

Fernando Rodriguez menjaringkan dua gol buat JDT II, manakala Daryl Sham George, Chia Ruo Han dan Kei Hirose masing-masing meledak satu gol bagi memastikan tuan rumah mencatat  kemenangan mudah ke atas pelawat.

Skuad kendalian Rafael Gil Sanchez hampir membuka jaringan seawal minit keenam menerusi sepakan sudut Stuart Wilkin namun bola tandukan Hafiy Haikal Ismail melewati palang gol.

Gol pembukaan JDT II hadir pada minit ke-14 menerusi tandukan padu Daryl Sham memanfaatkan hantaran lintang Alif Abdul Mutalib menewaskan penjaga gol, Aizat Aiman Mazlan.

Muhamad Aliff sekali lagi mencipta peluang gol buat pasukan tuan rumah lima minit berselang menerusi sepakan lambung yang disempurnakan oleh Fernando pada minit ke-19.


FERNANDO Rodriguez (kanan) menjaringkannya ketika membantu JDT II mengalahkan skuad Projek FAM-MSN dalam perlawanan Liga Perdana di Larkin malam ini – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Sebelum tamat babak pertama, Ruo Han menambah derita buat skuad Projek FAM-MSN apabila meledak gol ketiga pasukan hasil rembatan jarak dekat setelah mendapat umpanan Fernando.

Bersambung babak kedua, JDT II terus menguasai permainan dengan mengasak kubu lawan bagi memburu jaringan untuk meletakkan pasukan selesa di hadapan.

Hasilnya, Kei Hirose berjaya memahatkan namanya dalam senarai penjaring apabila meledak gol keempat menewaskan penjaga gawang pada minit ke-58.

Pasukan pelawat memperoleh gol saguhati pada minit ke-80 hasil jaringan Azhad Harraz Arman yang mudah menewaskan penjaga gol, T. Shaheeswaran.

Sebelum permainan berakhir, Fernando menambah derita buat pasukan pelawat dengan meledak gol terakhir perlawanan bagi memboleh JDT II menang 5-1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya