Jadual padat menanti Lee Zii Jia - Utusan Malaysia

Jadual padat menanti Lee Zii Jia

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penat Sukan Olimpik belum habis, Lee Zii Jia bakal menghadapi jadual pertandingan padat sehingga hujung tahun ini termasuk penyertaan dalam dua kejohanan berpasukan.

Antara kejohanan yang bakal disertainya termasuk Piala Sudirman, Piala Thomas, Terbuka Perancis, Terbuka Denmark, Kejohanan Dunia dan Indonesia Masters.

Jurulatih perseorangan negara, kebangsaan, Hendrawan mengakui, persiapan yang bakal dilalui Zii Jia agak sukar kerana dia perlu menjalani kurantain dua minggu di Malaysia sekemba­linya daripada kejohanan luar negara.

Katanya, perancangan untuk pemain No.1 Malaysia itu sudah dibuat sehingga hujung tahun dan berkemungkinan dia akan menjalani latihan di luar negara bagi menjimatkan masa untuk tidak menjalani kuarantin panjang di Malaysia.

“Memang peran­cangan untuk Zii Jia sudah dibuat sehingga hujung tahun ini, dia akan menyertai Piala Sudirman, Piala Thomas, Denmark dan Perancis.

“Kalau diizinkan kami akan ke Bali untuk berlatih di sana sebelum menyertai Indonesia Master dan selepas itu akan ke Kejohanan Dunia.

“Susah untuk merancang kejohanan seperti ini, banyak halangan dengan Co­vid-19 dan sebagainya, tetapi kami akan berbincang dan lihat kesesuaian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya