Itali kuasa pecut baharu Sukan Olimpik - Utusan Malaysia

Itali kuasa pecut baharu Sukan Olimpik

PELARI Itali (dari kiri) Lorenzo Patta, Lamont Marcell Jacobs, Eseosa Desalu dan Filippo Tortu meraikan kejayaan memenangi pingat emas 4x100 meter Sukan Olimpik di Stadium Olimpik Tokyo, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Selepas memahat sejarah menghadiahkan pingat emas pertama Itali dalam acara 100 meter lelaki, Lamont Marcell Jacobs meneruskan langkah cemerlang di Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila mengetuai kuartet 4×100 meter (m) mereka meraih emas juga buat kali pertama.

Bersaing dengan pasukan-pasukan hebat di dunia, Itali tenang mencecah garisan penamat selaku pemenang bersama rekod kebangsaan 37.50 saat (s) sebentar tadi.

Mereka mengenepikan cabaran sengit Great Britain yang mencatat masa 37.51s, manakala Kanada meraih gangsa menerusi 37.70s.

Britain turun sebagai pilihan utama untuk membawa pulang kejuaraan, malah mendahului perlumbaan sehinggalah Filippo Tortu berjaya memintas Nethaneel Mitchell-Blake selaku pelari akhir menuju ke garisan penamat untuk mengesahkan kemenangan Itali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya