India raih pingat hoki lelaki selepas 41 tahun - Utusan Malaysia

India raih pingat hoki lelaki selepas 41 tahun

PEMAIN India meraikan kejayaan memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan Jerman di Stadium Hoki Oi hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Indian memahat sejarah memenangi pingat pertama hoki lelaki Sukan Olimpik dalam tempoh 41 tahun selepas menumpaskan Jerman pada perlawanan dramatik di Tokyo hari ini.

Skuad bimbingan Graham Reid menang 5-4 untuk membawa pulang gangsa iaitu kali pertama mereka menaiki podium dalam temasya sukan terbesar dunia itu sejak meraih pingat emas di Moscow 1980.

India sudah memenangi lapan emas di Olimpik, namun sudah terlalu lama tidak mengecapi kejayaan di peringkat antarabangsa.

Jerman memulakan aksi dengan langkah kanan selepas membuka jaringan seawal minit kedua menerusi Timur Oruz, malah menghadirkan ancaman kepada India pada suku pertama.

Biarpun Simranjeet Singh berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit kelapan, namun Jerman, pemenang pingat emas Olimpik empat kali dan juara dunia dua kali tenang untuk kembali menjarakkan kedudukan menerusi dua gol menerusi Niklas Wellen (24) dan Benedikt Furk (25).

India menyamakan kedudukan 3-3 di hujungan suku pertama, berterima kasih jaringan Hardik Singh dan Harmanpreet Singh.

Pukulan penalti yang disempurnakan Rupinder Pal Singh, selain jaringan Rupinder Pal Singh membolehkan India di depan 5-3 pada babak kedua.

Jerman cuba melakukan kebangkitan menerusi jaringan Lukas Windfederpada minit ke-48, namun sudah terlewat untuk menghalang India.

“Saya tahu selain membawa harapan negara, pasukan ini sendiri memasang impian untuk memenangi pingat sejak sekian lama.

“Saya tahu betapa besar maknanya kemenangan ini buat India. Ia satu penghormatan buat saya dapat membanti mereka memenuhi impian itu.

“Pemain telah bekerja keras, bangkit bila ketinggalan dan bermati-matian. Mereka bermain dengan amat baik, penuh emosi,” kata jurulatih kelahiran Australia, Reid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya