Hoy raih pingat Olimpik pada usia 62 tahun - Utusan Malaysia

Hoy raih pingat Olimpik pada usia 62 tahun

EKUIN Australia, Andrew Hoy menunggang kudanya selepas meraih gangsa dalam acara eventing jumping individu Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Atlet ekuestrian Australia, Andrew Hoy muncul pemenang pingat tertua Sukan Olimpik sejak 1968 apabila memenangi perak acara eventing berpasukan di Tokyo 2020 semalam.

Ia pingat Olimpik kelima buat ekuin berusia 62 tahun itu – tiga daripadanya adalah emas tetapi yang pertama sejak Sydney 2000.

Hoy kemudian menambah pingat gangsa dalam koleksinya menerusi eventing individu di Tokyo.

“Saya sebenarnya bangga bila orang berkata, betapa tuanya saya kerana ketika menceburi sukan ini saya bangga apabila menjadi ahli termuda dalam pasukan.

“Apabila orang berjumpa saya di Perkampungan Olimpik mereka akan bertanya, ‘Adakah anda seorang pegawai?’.

“Saya akan jawab, ‘saya seorang atlet’,” kata Hoy yang meraih pingat Olimpik pertamanya di Barcelona 1992.

Hoy bagaimanapun masih belum mengatasi rekod atlet Switzerland, Louis Noverraz yang memenangi perak acara pelayaran pada usia 66 tahun di Olimpik Mexico City 1968. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya