PARIS: Grand Prix Malaysia yang sepatutnya berlangsung Oktober depan dibatalkan buat tahun kedua berturut-turut dan akan diganti dengan perlumbaan di Misano, Itali.
“Pandemik Covid-19 yang berterusan dan sekatan kemasukan ke Malaysia menyebabkan pembatalan kejohanan ini,” kata kenyataan bersama badan induk sukan permotoran antarabangsa, FIM dan promoter, Dorna.
Ini kali kedua perlumbaan yang sepatutnya berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 24 Oktober dibatalkan ekoran Covid-19.
Malaysia menerima nasib sama dengan Thailand, Jepun dan Australia terpaksa ‘mengaku’ kalah disebabkan pandemik.
Misano akan mengambil alih tempat Litar Antarabangsa Sepang yang bakal menjadi perlumbaan MotoGP kedua dalam bulan berkenaan dengan litar yang dinamakan sempena mendiang Marco Simoncelli itu akan menganjurkan GP San Marino pada 19 September.
“Nama pertandingan ini akan diumumkan kemudian,” kata penganjur.
Pelumba Perancis, Fabio Quartararo (Yamaha) mendahului kedudukan pendahulu dunia dengan 47 mata di depan Francesco Bagnaia. – AFP