PETALING JAYA: Malaysia memenangi pingat kedua dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 selepas Jong Yee Khie meraih perak acara powerlifting 107 kilogram (kg) lelaki sebentar tadi.
Setelah terlepas angkatan pertama 230kg, Yee Khie mengangkat bebanan 237kg pada angkatan kedua.
Peserta pilihan yang juga pemegang rekod dunia, Enkhbayar Sodnompiljee dari Mongolia membawa pulang emas menerusi angkatan 245kg.
Atlet Iran, Razi Saman meraih gangsa dengan 231kg.
Ini pingat kedua diraih kontinjen Malaysia di Tokyo selepas Bonnie Bunyau Gustin memenangi emas acara powerlifting 72kg lelaki.