Gadis ‘ajaib’ buru emas di Tokyo - Utusan Malaysia

Gadis ‘ajaib’ buru emas di Tokyo

ELLIE CHALLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Gadis yang dulunya hanya diberi harapan lima peratus untuk hidup, kini bukan saja sihat, malah berada di Tokyo untuk memburu pingat emas renang Sukan Paralimpik 2020.

Berusia 17 tahun, Ellie Challis yang hilang anggota badan akibat meningitis semasa bayi bakal menjadi atlet termuda Great Bri­tain bertanding di temasya ber­kenaan.

“Dia hanya diberi harapan lima peratus untuk hidup. Pada usia 16 bulan, badannya sangat kecil kerana menghidap meningitis dan ibunya dipanggil ke tepi katil hospital untuk mengucapkan selamat tinggal.

“Ellie sebenarnya sudah mati selama dua minit kerana jantungnya berhenti. Kami berada di bilik ketika itu melihatnya.

“Dia koma lima minggu dan satu-satunya perkara yang anda boleh harapkan ketika itu adalah dia mampu bertahan.

“Hujung jari dan kakinya mula menjadi hitam, kami dapat lihat ia naik ke atas sedikit demi sedikit,” cerita bapa Ellie, Paul.

Kisah Ellie memberi inspirasi, kekuatan dan keberanian buat semua insan kurang upaya (OKU), terutama yang akan bersaing dalam Sukan Paralimpik bermula 24 Ogos hingga 5 September ini.

Menurut Ellie, bapanya amat risau memikirkan dia tidak mampu berjalan, namun kini dia membuktikan ‘sentiasa ada jalan’.

“Saya akan melakukan yang terbaik dan mahu menikmati setiap detik di Tokyo. Tidak sabar memulakan aksi,” katanya.

Berjaya memecah satu rekod dunia dan dua rekod Eropah dalam Kejohanan Renang Para Antarabangsa di Glasgow 2019 meletakkan Ellie antara pilihan membawa pulang pingat emas.

Dia akan memulakan kempen dalam acara 50 meter (m) kuak lentang pada 29 Ogos, sebelum beraksi dalam 100m gaya bebas, 50m kuak dada dan 50m gaya bebas.

Sejak menerima kaki palsu pertama pada usia tiga tahun, Ellie menjadi gadis yang aktif.

Dia mula bermain bola sepak dan luncur salji sebelum bakatnya dikesan dalam sukan renang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya