FAM tetap giat cari pemain warisan - Utusan Malaysia

FAM tetap giat cari pemain warisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun projek naturalisasi ditangguh buat sementara, namun pencarian pemain warisan atau berdarah campuran tetap diteruskan dalam usaha memperkuatkan skuad Harimau Malaya.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pemain wa­risan terbukti antara tunjang kekuatan pasukan kebangsaan.

Beliau bagaimanapun me­negaskan, kuantiti bukanlah keutamaan kerana yang penting adalah kualiti kelompok pemain ini.

“Kita tidak akan menambah pemain naturalisasi untuk kelayakan akan datang, lambat lagi dan kita akan berpandukan pada tahun 2024.

“Berbeza dengan pemain wa­risan kerana jika dia mendapat pasport mengikut sebelah ibu atau ayah atau datuk atau neneknya rakyat Malaysia, dia boleh (beraksi bersama skuad kebangsaan).

DION Cools pemain warisan terbaharu yang dibawa masuk skuad Harimau Malaya ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun lalu.

“Jadi (pemain warisan) kita akan teruskan kalau ada yang berminat seperti Dion Cools. Dia tidak berminat dua tahun lalu namun sekarang terpanggil untuk bermain bersama kita.

“Kita pun tidak mahu banyak sangat seperti Filipina. Kita juga tidak boleh paksa mereka terima tetapi kita akan teruskan mencari (pemain warisan),” katanya.

Pemain berdarah campuran dan warisan bukanlah perkara asing dalam bola sepak tempatan kerana sudah ramai yang berjaya menembusi pasukan kebangsaan sejak beberapa tahun lalu.

Kali terakhir Malaysia beraksi pada baki pusingan kedua Kelayakan Piala Asia 2022/Piala Asia 2023 Jun lalu, tujuh pemain berdarah campuran diberi kepercayaan.

Cools menjadi pemain terbaharu dibawa masuk selepas didatangkan dari Denmark.

Dia menyertai Sam Sommerville, Matt Davies, La Vere Corbin Ong, Junior Eldstal, Dominic Tan dan Brendan Gan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya