Dulu pegang sampah, kini pegang pingat Olimpik - Utusan Malaysia

Dulu pegang sampah, kini pegang pingat Olimpik

GALAL YAFAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Tidak lama dulu Galal Yafai ditugaskan untuk me­nguruskan sampah dan meng­angkat kotak-kotak dari sebuah kilang kereta, kerja yang amat ‘dibencinya’.

Begitupun kehidupan atlet Britain itu berubah sama sekali kerana kini dia akan pulang bersama pingat Sukan Olimpik di Tokyo 2020, hanya warnanya emas atau perak belum diketahui.

Petinju berusia 28 tahun itu mengalahkan pencabar dari Kazakhstan, Saken Bibos­sinov dalam separuh akhir kelas flyweight (48-52 kilogram) kelmarin.

Yafai kini akan berdepan jaguh Filipina, Carlo Paalam untuk pertarungan memburu emas hari ini.

“Itu (pertarungan) emas ­Olimpik bukan? Emas ­Olimpik! gila. Bayangkan saja kalau menang saya akan menjadi juara Olimpik,” katanya.

Kata Yafai, situasi itu jauh berbeza dengan hari-hari yang pernah dilalui sebagai pengangkat sampah di kilang kereta.

GALAL Yafai (merah) ketika menentang Saken Bibossinov dari Kazakhstan dalam pertarungan flyweight Sukan Olimpik Tokyo 2020. – AFP

“Dulu saya mengaut sampah dan mengangkat kotak. Tidak pernah termimpi untuk berada dalam Sukan Olimpik.

“Selain membuang sampah dan mengangkat kotak, saya juga menghantar barang-barang. Pekerjaan gasar, bayangkan sekarang saya hampir menjadi juara Olimpik,” kata Yafai yang melayakkan diri ke Rio 2016 tetapi gagal memenangi ­pingat.

Kata Yafai, dia tidak mahu berbohong betapa dia amat membenci pekerjaan lamanya.

“Sudah lama saya ingin menjadi petinju kerana saya tidak suka diarah atau dibe­ritahu apa yang perlu dilakukan.

“Sekarang saya adalah bos kepada diri sendiri dan semoga saya dapat menjadi juara Olimpik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya