Dubler berkorban demi kawan - Utusan Malaysia

Dubler berkorban demi kawan

EDRIC Dubler (kanan) meneruskan larian 1,500m dalam saingan dekatlon biarpun cedera untuk menaikkan semangat Ash Moloney yang akhirnya meraih gangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Bintang dekatlon Australia, Ashley Moloney berterima kasih kepada rakan senegaranya, Cedric Dubler yang sanggup berkorban untuk membolehkannya memenangi pingat di Sukan Olimpik 2020 dalam acara 1,500 meter.

Atlet berusia 21 tahun itu memenangi gangsa, juga pingat pertama Australia dalam sukan olahraga pada temasya kali ini.

Dubler menjadi watak utama kejayaan Moloney di Stadium Olimpik, Tokyo apabila dia meneruskan larian dalam keadaan cedera bagi memberi sokongan kepada rakan senegaranya ketika perlumbaan memasuki jarak 800m.

Pelari berusia 26 tahun itu sedar dia tidak mungkin akan menang kerana mengalami kecederaan hamstring, namun dia mahu memastikan Moloney meneruskan saingan dan melepasi garisan penamat.

JERITAN semangat Cedric Dubler (kiri) menguatkan semangat Ashley Moloney untuk menamatkan larian 1,500m sebelum meraih gangsa acara dekatlon.

“Dia (Cedric) menjerit. Saya tidak dapat ulang apa yang dijeritkan.

“Cuma saya dengar dia berteriak dengan sangat kuat. Saya boleh mendengar dia menjerit dan terus menusuk ke dalam telinga.

“Persembahan saya mulai lemah selepas memasuki jarak 800m, namun saya menjadi kuat apabila mendengar jeritan serta sokongan Cedric.

“Dia menjerit sangat kuat. Paling saya ingat ketika perlumbaan berbaki 300m di mana dia menjerit “Teruskan! Teruskan!.

“Saya seperti tidak percaya hanya jeritannya berada dalam fikiran dan ia seakan memberi tenaga untuk saya menamatkan perlumbaan,” kata Moloney.

Acara dekatlon melibatkan 10 disiplin iaitu 100m, lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, 400m, 110m lari berpagar, baling tukul besi, lompat bergalah, merejam lembing dan diakhiri dengan 1,500m.

Atlet Kanada, Damian Warner meraih emas selepas mengumpul 9,018 mata yang juga rekod temasya, manakala perak milik Kevin Mayer dari Perancis dengan 8,726 mata. Moloney mengesahkan gangsa menerusi 8,649 mata. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya