Dressel tutup kolam renang dengan lima emas - Utusan Malaysia

Dressel tutup kolam renang dengan lima emas

CAELEB DRESSEL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Caeleb Dressel mengakui dia lebih selesa beraksi ketika pencabar tidak mengenalinya selepas meraih pingat emas kelima Sukan Olimpik Tokyo dalam acara 4x100m rampaian Amerika Syarikat (AS) yang juga memecah rekod baharu dunia.

Dressel menutup kempen Sukan Olimpik Tokyo dengan menokok dua lagi emas di hari terakhir untuk mengumpul lima emas keseluruhan selepas meraih gelaran ‘perenang terpantas dunia’ dengan mencatat masa 21.07 saat (s) ketika menjuarai saingan 50 meter (m) gaya bebas.

Perenang Amerika Syarikat itu turut mencatat rekod Olimpik dalam acara tersebut menerusi catatan masa 21.07 saat.

Dressel menyertai Michael Phelps dan Mark Spitz sebagai perenang lelaki untuk memenangi tiga pingat emas menerusi acara individu dalam satu edisi Sukan Olimpik.

Dressel melengkapkan penampilan Olimpik kali ini dengan keseluruhan lima pingat emas menerusi 4x100m gaya bebas, 4×100 rampaian, 100m gaya bebas, 50m gaya bebas dan 100m kuak kupu-kupu, yang juga catatan rekod dunia.

Setakat ini, atlet berusia 24 tahun itu telah mengumpul tujuh pingat emas selepas dua edisi Olimpik iaitu di Rio dan Tokyo.

“Saya berbangga dengan diri sendiri. Saya rasa saya berjaya mencapai potensi sebenar saya ketika saya berada dalam pertandingan ini.

“Sudah tentu, saya menikmati setiap perlumbaan. Bagaimanapun ia lebih menarik jika semua orang tidak tahu siapa saya.

“Apa pun segalanya telah berlalu. Saya hanya ingin pulang ke rumah, kemudian meletakkan semuanya ke tepi dan berehat,” kata Dressel.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya