Dilarang kongsi video Olimpik di media sosial - Utusan Malaysia

Dilarang kongsi video Olimpik di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Berkongsi rakaman Sukan Olimpik di platform media sosial, bahkan video yang diambil oleh atlet turut dilarang oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

IOC melaksanakan peraturan tersebut dalam usahanya melindungi hak penyiaran.

Larangan itu menyebabkan akaun Instagram pemenang pingat emas 100 dan 200 meter, Elaine Thompson-Herah disekat sementara setelah Olimpik Jamaica menyiarkan video kemenangannya.

Jurucakap Facebook memberitahu, biarpun kandungan yang disiarkan Thompson-Herah ke Instagram melanggar hak penyiaran, namun sekatan sementara akaun pelari Jamaica tersebut adalah satu kesilapan.

Jurucakap IOC, Mark Adams bagaimanapun memberitahu, badan Olimpik itu menyokong atlet yang memuatnaik gambar-gambar mereka di media sosial.

“Kami menggalakkan semua orang untuk berkongsi gambar aksi mereka tetapi video sama sekali milik pihak penyiaran yang memegang hak,” katanya yang dipetik kepada Reuters.

Semalam, Thompson-Herah mengadu akaun Instagramnya telah digantung sementara kerana memuatnaik video perlumbaannya sendiri.

Suasana itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong di sosial media dengan ramai mempersoalkan logik menghalang atlet berkongsi detik kejayaan mereka.

Bagaimanapun , klip video itu tersebar beberapa jam kemudian di Instagram dan Twitter.

IOC mempertahankan hak penyiarannya yang menjana jutaan ringgit untuk organisasi televisyen di seluruh Amerika Syarikat (AS). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya