Dari UFC, Khabib kini pemain bola sepak - Utusan Malaysia

Dari UFC, Khabib kini pemain bola sepak

KHABIB Nurmagomedov (kiri) menandatangani kontrak bersama pasukan divisyen ketiga Rusia, Legion Dynamo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Legenda UFC, Khabib Nurmagomedov menandatangani kontrak bersama pasukan divisyen ketiga Rusia, Legion Dynamo selepas bersara dari MMA.

Sensasi Dagestan itu sememangnya meminati bola sepak, menyokong Real Madrid dan sering berkongsi pengetahuannya mengenai sukan paling popular itu.

Menurut RT, impiannya itu kini menjadi kenyataan selepas melengkapkan perjanjian bersama Legion Dynamo yang diasaskan pada 2015.

Bekas juara lightweight UFC itu pada Januari lalu menunjukkan kemahirannya pada perlawanan bola sepak di Dubai bertemu lawan dibarisi legenda AC Milan, Clarence Seedorf.

Ketika itu, Khabib memuat naik video sedang berlari di Instagram dengan keterangan: “Bersedia untuk penampilan pertama saya dalam bola sepak. Saya ejen bebas dan bersedia menerima sebarang tawaran.”

Dia kemudian menerima tawaran daripada kelab divisyen ketiga Rusia, FC Kamaz yang bersedia menguji bintang MMA berkenaan.

Tidak dapat dipastikan bilakah Khabib, 32, akan beraksi dengan pasukan baharunya itu atau sama ada dia benar-benar menjadi anggota dalam skuad berkenaan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya