City mampu pendekkan ‘hayat’ Arteta - Utusan Malaysia

City mampu pendekkan ‘hayat’ Arteta

PEMAIN Manchester City menuju padang latihan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal. - IHSAN MANCHESTER CITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Memiliki rekod tanpa kalah kepada Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak 2015 memberi kelebihan buat Manchester City apabila menerima kujungan Gunners di Etihad hari ini.

Sudahpun kalah dalam dua aksi pertama musim baharu, satu lagi kekalahan bakal memendekkan hayat Mikel Arteta sebagai pe­ngurus Arsenal.

Bagaimanapun kemenangan besar 6-0 ke atas West Brom dalam Piala Liga kelmarin menaikkan semangat Arsenal untuk melakar kejutan ke atas juara bertahan.

Lebih melegakan Arteta, penyerangnya Pierre-Emerick Aubameyang kembali menemui penyudah, malah mencipta hatrik ketika menewaskan Gunners.

Pierre-Emerick Aubameyang

“Kami ke Etihad dengan misi menang dan merubah nasib malang dalam dua perlawanan terdahulu, sekali gus memperbaiki kedudukan.

“Setelah mengalami dua kekalahan berturut-turut, sudah pasti anda mahukan kemenangan bagi mendapatkan keyakinan dan mood kemenangan.

“Ia berlaku ketika kami menang besar ke atas West Brom dan fokus kini adalah untuk berdepan City di mana kami pastinya akan memberi aksi terbaik,” kata Arteta.

Arsenal belum meraih sebarang mata selepas tewas kepada pendatang baharu Brentford dan Chelsea dengan keputusan yang sama, 2-0.

MIKEL ARTETA

Sementara itu, juara bertahan City yang kian hampir mendapatkan Cristiano Ronaldo bagaimanapun dicemari siasatan kes rogol melibatkan pertahan, Benjamin Mendy menyaksikan pemain itu digantung buat sementara waktu.

Dalam masa sama, pengendali City Pep Guardiola meluahkan hasrat untuk meninggalkan Etihad dan kembali mengejar impiannya menjadi jurulatih pasukan kebangsaan sebaik saja kontraknya bersama kelab berakhir.

Kontrak pengurus dari Sepanyol itu bakal berakhir hujung musim depan iaitu Jun 2023 selepas menyertai The Citizens dari Bayern Munich pada 2016. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya