Chelsea ikat Liverpool di Anfield - Utusan Malaysia

Chelsea ikat Liverpool di Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool memberi tekanan berterusan, namun gagal mencari gol kemenangan dan terpaksa berpuas hati seri 1-1 dengan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Reds gagal memanfaatkan kelebihan berdepan 10 pemain lawan di Anfield selepas Chelsea berkampung di kawasan sendiri dalam sebahagian besar babak kedua.

Blues mengejutkan tuan rumah apabila mendahului 1-0 pada minit ke-22 hasil tandukan cantik Kai Havertz yang berpunca dari sepakan penjuru.

PEMAIN Chelsea meraikan jaringan yang disrmpurnakan oleh Kai Havertz.

Jaringan itu memberi keyakinan kepada anak-anak buah Thomas Tuchel sehinggalah malang menimpa mereka pada waktu kecederaan babak pertama apabila Reece James dilayangkan kad merah.

James dilihat menahan bola percubaan lawan menggunakan tangan di atas garisan pintu gol pasukannya untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool.

Mohamed Salah tidak berdepan masalah untuk menewaskan Edouard Mendy bagi menyamakan kedudukan 1-1.

MOHAMED Salah menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Beraksi dengan kekurangan pemain dalam sebahagian besar separuh akhir kedua, Chelsea memilih untuk bermain secara bertahan.

Mendy juga dipaksa berhempas pulas menyelamatkan beberapa percubaan Liverpool, terutama menerusi Salah.

Biarpun mengawal permainan dan melakukan asakan demi asakan, tindakan Chelsea meletakkan seluruh pemain di kawasan sendiri menyukarkan Reds untuk menambah jaringan.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan, sekali gus menyaksikan rentak kemenangan kedua-dua pasukan pada awal musim akhirnya lebur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya