Bonnie bakal bergelar jutawan - Utusan Malaysia

Bonnie bakal bergelar jutawan

Bonnie Bunyau Gustin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 membolehkan Bonnie Bunyau Gustin menerima habuan RM1 juta di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam).

Selain insentif RM1 juta, selaku pemenang emas temasya sukan para terbesar dunia itu, Bonnie juga layak menikmati pencen RM5,000 sebulan sebaik saja bersara.

Juara dunia dan pemegang rekod dunia berusia 22 tahun itu juga layak menerima RM100,000 daripada penaja FWD Takaful Berhad.

Malah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga akan mengadakan perbincangan bersama kementerian dan kerajaan bagi memikirkan ganjaran lebih baik kepada mereka yang mengharumkan nama negara.

“Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dan mendapat hadiah istimewa daripada Bonnie pada sempena Bulan Kemerdekaan kita yang ke-64.

“Ia satu kejayaan yang besar buat seluruh rakyat Malaysia dan kejayaan Bonnie ini diharapkan akan jadi pembakar semangat untuk atlet yang lain membawa emas.

“Untuk itu saya akan usahakan ganjaran kepada mereka yang mengharumkan nama negara dan kini sedang berusaha mencari pendekatan terbaik untuk kehidupan mereka selepas bergelar atlet,” katanya.

Faizal berkata, beliau turut membayangkan dua lagi pingat mampu dicapai oleh barisan atlet para negara menerusi beberapa acara sukan yang lain seperti badminton dan olahraga.

“Kejayaan Bonnie ini akan menjadi pembakar semangat untuk atlet lain membawa emas atau sekurang-kurangnya mengharumkan nama Malaysia dalam apa juga acara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya