Bonnie elak rasa gementar - Utusan Malaysia

Bonnie elak rasa gementar

Bonnie Bunyau Gustin (depan, tengah) akan turun dalam saingan powerlifting Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Sabtu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Turun sebagai prospek pingat emas Malaysia pada Sukan Paralimpik 2020, Bonnie Bunyau Gustin cuba membuang rasa gementar apabila membuat penampilan sulung dalam temasya sukan para terbesar dunia itu, Sabtu ini.

Sebagai pemegang rekod dunia dan atlet No. 1 dunia, atlet kelahiran Sarawak itu menjadi pilihan utama untuk memenangi saingan po­werlifting kategori atas 72 kilogram (kg).

Bonnie, 22, memecah rekod dunia dengan angkatan 230kg ketika menjuarai Piala Dunia Para Powerlifting di Dubai Jun lalu.

Jurulatihnya, Jamil Adam berkata, Bonnie kini berada pada prestasi terbaik dan berada di landasan menyumbang pingat, namun perkara paling dibimbangi adalah atlet itu diselubungi tekanan

serta rasa gemuruh yang tidak sepatutnya.

“Tekanan memang ada dan ia sebenarnya perkara yang positif.

“Cuma yang perlu sekarang ini elak tekanan yang tidak sepatutnya iaitu gemuruh yang terlampau tinggi kerana itu akan mengganggu rentaknya nanti,” kata Jamil.

Sebagai jurulatih, Ja­mil berkata, dia akan sentiasa memberikan sokongan moral dan motivasi kepadanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya