‘Belum masuk gelanggang kami sudah tewas’ - Utusan Malaysia

‘Belum masuk gelanggang kami sudah tewas’

PENYERANG JDT II, Fernando Rodriguez membuat tendangan ala kung fu dalam aksi Liga Perdana menentang skuad Projek FAM-MSN di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin kelmarin. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengendali Skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah mengakui pasukan bimbingannya gementar berdepan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) hingga mudah dijinakkan 5-1 pada aksi Liga Perdana kelmarin.

Menurut Yusri, barisan pemain mudanya terlalu menghormati lawan hingga memberi mereka ruang kepada menguasai permainan dan menjaringkan tiga gol pada babak pertama.

Tambahnya, berdepan pemain yang lebih berpengalaman seperti Fadhli Shas, Syazwan Andik Ishak dan Fernando Rodriguez mempengaruhi corak permainan pemain di atas padang.

“Ini tidak pernah berlaku ketika menentang pencabar lain dalam Liga Perdana. Pemain nampak gugup pada perlawanan itu, cubaan untuk bangkit pada babak kedua tak menjadi malah terus dihukum pasukan tuan rumah.

“Walaupun bukan menentang pasukan utama (JDT), nama mereka cukup digeruni. Boleh dikatakan pemain sudah tewas sebelum menjejaki kaki ke stadium,” katanya.

Yusri memberitahu, masih terlalu awal untuk menilai pasukannya yang berada di kedudukan tercorot liga kerana rata-rata pemain FAM-MSN berusia 18 tahun dan baru enam bulan beraksi bersama skuad pembangunan itu.

Dalam pada itu, Ketua jurulatih JDT II, Rafael Francisco berpuas hati dengan aksi pemain muda yang menunjukkan kematangan.

Katanya, antara pemain muda yang mencuri tumpuan ialah Daryl Sham George yang menjaringkan gol kedua perlawanan serta Alif Abdul Mutalib yang sudah merekodkan lima bantuan gol, dua menerusi perlawanan malam tadi.

Bagaimanapun, kemenangan itu dicemari insiden Fernando Rodriguez yang dilayangkan kad kuning kerana melengahkan masa ketika mẹmbuat pertukaran hingga mendatangkan kemarahan Rafael.

“Ini bermakna Fernando tidak dapat diturunkan ketika menentang PDRM FC selepas ini setelah mengutip tiga kad kuning. Kesalahan ini tak sepatutnya berlaku dan ia akan menjejaskan persiapan pasukan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya