Beasley 'setia' bersama Malaysia, misi Paris 2024 bermula - Utusan Malaysia

Beasley ‘setia’ bersama Malaysia, misi Paris 2024 bermula

JURULATIH kebangsaan, John Beasley (kiri) sewaktu memantau latihan anak-anak buahnya menjelang saingan Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang di Indonesia.- UTUSAN/HAFIZ JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh basikal negara Datuk Azizulhasni Awang dilihat masih meletakkan kepercayaan kepada barisan pasukannya dan melontarkan semangat untuk kekal bersaing dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis nanti.

Azizulhasni atau dikenali sebagai The Pocket Rocketman menzahirkan ucapan terima kasih kepada jurulatihnya, John Beasley yang dilihat selama ini sebagai watak penting terhadap kejayaannya dalam arena sukan berbasikal.

Katanya, walaupun lahir sebagai ‘Mat Salleh’ Australia dan berkulit putih tetapi jiwa jurulatihnya itu sangat dekat dengan Malaysia. 

“Terima kasih kepada jurulatih saya Beasley serta isterinya Vicky Beasley. Orang luar tidak dapat bayangkan akan pengorbanan beliau untuk saya dan juga sukan lumba basikal negara kita. 

“Teringat zaman muda remaja dahulu, ketika atas kapal terbang John Beasley selalu bagi ‘flight meal’ beliau kepada saya dan katanya dia tidak lapar. 

“Saya naif dan percaya bulat-bulat, walhal beliau nak saya tambah berat badan dan makan dengan cukup. Beliau sangatlah dihormati di arena lumba basikal antarabangsa.

“Malah sentiasa menjadi rebutan negara-negara luar akan tetapi beliau taat dengan Malaysia seolah-olah sudah terkena nasi kangkang orang Melayu. John Beasley bukan hanya seorang jurulatih kepada saya, tetapi lebih dari itu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya semalam.

Dalam pada itu, atlet berusia 33 tahun tersebut turut berharap rakan senegaranya iaitu Shah Firdaus Sahrom, Fadhil Zonis dan Anis Amira Rosidi dapat bersama dengannya untuk memburu impian ke Olimpik Paris nanti.

“Terima kasih kepada rakan sepasukan Shah Firdaus, Fadhil Zonis dan Anis Rosidi yang sentiasa bersama-sama dengan saya ketika senang mahupun susah. 

“Kami sentiasa ‘push each other’ dalam latihan manakala di luar latihan pula kami saling membantu sesama sendiri untuk menuju ke puncak. 

“‘Iron sharpens iron’, untuk menjadi seorang yang bagus, kita perlu dikelilingi oleh orang-orang yang bagus dan kita kena bersaing sesama sendiri secara positif. 

“Untuk membentuk satu legasi yang hebat, kita perlu sama-sama membantu menaikkan orang disekeliling kita dan saya tersangatlah anti dengan mentaliti menjatuhkan orang lain dan sikap akulah paling bagus dalam dunia ni. 

“Saya harap ketiga-tiga nama yang saya sebut ini akan bersama-sama dengan saya di Paris 2024 nanti, tiga tahun lagi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya