TOKYO: Mutaz Essa Barshim dan Gianmarco Tamberi ‘terpaksa’ berkongsi pingat emas dalam acara lompat tinggi Sukan olimpik 2020 Tokyo, hari ini.
Kedua-duanya berkongsi podium pertama setelah melakukan lompatan 2.37 meter dalam aksi yang berlangsung di Stadium Olimpik, Tokyo.
Meskipun catatan tersebut mampu dicabar, dengan atlet Qatar, Barshim dan Tamberi dari Itali, meletakkan ketinggian 2.39m, namun kedua-duanya gagal melepasi halangan tersebut.
Selepas tiga kali gagal melepasi 2.39m, mereka kemudian berbincang dengan pegawai Olimpik bagi mendapatkan keputusan pemenang emas.
“Boleh kami dapat dua emas?” kata atlet berusia 30 tahun, Barshim.
Maksim Nedasekau turut melepasi lompatan 2.37, namun disebabkan dia lebih banyak melakukan kegagalan menyababkan atlet dari Belarus itu meraih gangsa.- AGENSI