Azizulhasni, Shah Firdaus simpan tenaga - Utusan Malaysia

Azizulhasni, Shah Firdaus simpan tenaga

AZIZULHASNI Awang (kiri) bersaing dengan Jason Kenny (tengah) dan Yuta Wakimoto dari Jepun dalam saingan pecut repechage pusingan ketiga di Velodrom Izu, semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Azizulhasni Awang mengakui dia mampu me­mintas Jason Kenny pada aksi repechage pusingan ketiga pecut semalam tetapi memilih untuk ‘menyimpan tenaga’ bagi memberi tumpuan kepada acara keirin yang bermula esok.

Jaguh berbasikal nehara itu berkata, acara tersebut bukan peluang terbaik untuk dia dan Shah Firdaus Sahrom mendapatkan pingat kerana perbezaan saiz fizikal dan kekuatan henjutan.

Jika mara ke suku akhir secara automatik, dia akan berhabis-habisan.

Begitupun selepas terpaksa melalui repechage, strategi perlu diubah bagi menyimpan tenaga.

Mereka memilih untuk ­‘me­ngendurkan’ kayuhan bagi memastikan kembali segar esok.

“Saya boleh potong Jason Kenny (juara bertahan pecut, Great Britain) tapi sengaja tidak berbuat demikian kerana tidak mahu ke peringkat seterusnya. Kalau layak ada banyak perlumbaan lagi dan kami tidak boleh rehat esok.

“Taktikal kami dalam perlumbaan ini bagus, A plus cuma horse power tidak cukup untuk ber­saing dengan peserta Eropah yang berbadan besar.

“Sasaran kami adalah keirin, kalau kami berdua layak ke ­final peluang untuk meraih emas cukup cerah,” katanya kepada Astro Arena.

SHAH Firdaus Sahrom (belakang) gagal mengatasi pelumba Perancis, Sebastien Vigier (tengah) dan Sam Webster dari Perancis pada saingan repechage pusingan ketiga pecut individu Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Velodrom Izu semalam. – AFP

Dalam saingan itu, Azizulhasni tewas kepada peserta Belanda, Jeffrey Hoogland pada pusingan ketiga, sebelum tewas kepada Kenny dalam aksi ­repechage.

Shah Firdaus pula tewas kepada juara dunia, Harrie Lavreysen juga dari Belanda sebelum kalah kepada pelumba Perancis, Sebastien Vigier dan Sam Webster dari New Zealand.

Selepas mengharungi lima perlumbaan untuk melepasi pusingan awal kelmarin, dua jaguh negara itu telah menghabiskan banyak tenaga dalam saingan pecut.

Azizulhasni, 33, turun dengan reputasi sebagai pemenang pingat gangsa keirin di Rio 2016, selain juara dunia 2017, manakala Shah Firdaus, 25, membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik.

Aksi perebutan pingat acara keirin akan berlangsung pada hari terakhir temasya, Ahad ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya