Azizulhasni, Shah Firdaus perlukan doa dan sokongan rakyat Malaysia - Utusan Malaysia

Azizulhasni, Shah Firdaus perlukan doa dan sokongan rakyat Malaysia

AZIZULHASNI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berjaya atau tidak Malaysia memenuhi sasaran serta membawa pulang pingat emas pertama Sukan Olimpik, kini bergantung sepenuhnya kepada Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom.

Kegagalan Pandelela Rinong menghadiahkan pingat dalam acara sasaran, terjun 10 meter platform semalam bermakna Malaysia kekal dengan satu gangsa ketika Tokyo 2020 berbaki tiga hari untuk menutup tirai.

Malaysia menyasarkan tiga pingat, termasuk satu emas untuk dibawa pulang menerusi berbasikal, terjun dan badminton.

Badminton sudah menyumbang sebutir gangsa, namun Pandelela yang menggalas harapan terakhir terjun menutup saingan akhir 10m platform individu di tangga ke-12.

SHAH FIRDAUS SAHROM

Pemenang pingat gangsa London 2012 itu terpaksa akur langkah sumbang di terjunan pertama yang menyaksikan dia mengutip mata terendah 18, memusnahkan impian untuk sekurang-kurang­nya membawa pulang gangsa.

Dalam berbasikal, acara pecut sememangnya tidak diberi harapan oleh pasukan negara kerana saiz ‘XXL’ pelumba Eropah serta Australia menyebabkan peluang Azizulhasni mahu­pun Shah Firdaus tipis.

Selepas gagal meraih tiket automatik ke suku akhir semalam Azizulhasni dan Shah Firdaus memilih untuk menyimpan tenaga pada saingan repechage bagi memberi tum­puan kepada acara keirin yang bermula esok.

Azizulhasni yang meraih gangsa keirin di Rio 2016 dan kejuaraan dunia 2017 optimis pingat mampu dijelmakan, malah ia lebih manis jika dia dan Shah Firdaus mampu memasuki final, Ahad nanti.
Sama ada Malaysia mampu memenuhi sasaran tiga pingat atau tidak di Tokyo, yang pasti peluang menambah pingat belum pudar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya