Azizulhasni minta maaf tak dapat sumbang emas - Utusan Malaysia

Azizulhasni minta maaf tak dapat sumbang emas

AZIZULHASNI Awang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dengan nada yang sebak, Datuk Azizulhasni Awang berulang kali meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal membawa pulang pingat emas dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Biarpun berjaya memperbaiki pencapaian di Rio 2016 apabila menghadiahkan perak buat negara, namun jaguh trek negara itu mengakui, perasaannya bercampur baur kerana dia datang ke Tokyo dengan misi memenangi emas.

Strategi Jason Kenny yang memecut dari untuk jauh meninggalkan pelumba lain membolehkan jaguh Britain itu mempertahankan emas, manakala bintang Belanda yang juga juara pecut Olimpik, Harrie Lavreysen dengan gangsa.

AZIZULHASNI Awang bersama pingat perak yang dimenangi di Tokyo.

“Perasaan bercampur baur. Saya sedih juga sebab saya datang sini untuk menang emas. Saya tidak tidur lena malam tadi memikirkan apa akan berlaku hari ini, sebab saya sedar saya satu-satunya peluang yang ada untuk Malaysia menang emas.

“Saya sudah buat yang bagus di suku akhir, kemudian di separuh akhir. Dalam perlumbaan akhir, saya diundi di tempat kelima. Ketika dua pusingan terakhir, cuba ke depan tetapi dia (Kenny) sudah terlalu jauh.

“Saya pun tidak tahu mengapa pelumba Australia (Matthew Glaetzer) tidak mengekorinya dengan rapat.

“Inilah sukan, ada turun naik..saya nak menang sangat tapi tak jadi. Saya minta..saya minta maaf..terima kasih atas sokongan anda semua,” kata Azizulhasni yang beberapa kali menangis ketika mengingat kembali kesukaran serta pengorbanan yang terpaksa ditempoh untuk tiba di Olimpik.

Azizulhasni, 33, juga merayu rakyat Malaysia agar tidak menyerang media sosial pelumba lain, terutama Australia kerana semua pelumba yang datang ke Tokyo membawa misi sama, cuba memenangi perlumbaan.

Katanya, dia kini hanya mahu pulang berehat bersama keluarga sebelum memikirkan perancangannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya