Aubameyang ketuai kebangkitan Gunners - Utusan Malaysia

Aubameyang ketuai kebangkitan Gunners

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang yang membuat penampilan sulung dalam kesebelasan utama musim ini meledak hatrik ketika Arsenal membelasah West Brom 6-0 pada pusingan kedua Piala Liga pagi tadi.

Aubameyang tidak beraksi ketika pasukannya dimalukan 0-2 kepada Brentford dalam aksi pembukaan Liga Perdana selepas dijangkiti Covid-19.

Kapten Arsenal itu masuk sebagai gantian ketika tewas 0-2 kepada Chelsea di tempat sendiri Ahad lalu tetapi gagal mengelak Gunners daripada tumpas.

Pada ketika pengurus Arsenal, Mikel Arteta berdepan tekanan, Aubameyang tampil menyelamatkan mereka berdepan kelab Liga Kejuaraan, West Brom di The Hawthorns.

AUBAMEYANG cemerlang dalam Piala Liga hari ini.

Dia meledak gol pertama Arsenal musim ini dengan dua tolakan jarak dekat pada babak pertama sebelum melengkapkan hatrik menerusi rembatan lencung di separuh masa kedua.

Nicolas Pepe, Bukayo Saka dan Alexandre Lacazette turut mencetak gol, sekali gus melegakan Arteta.

Ketika ditanya adakah kehadiran penyokong menaikkan semangat Aubameyang, Arteta berkata: “Saya harap begitu. Dia sangat gembira dan perlukan hubungan itu.”

Arteta mengakui sangat lega dengan kemenangan itu menjelang pertemuan getir menentang juara Liga Perdana, Manchester City, Sabtu ini.

Southampton meraikan kemenangan ke atas Newport.

Dalam perlawanan lain, Southampton mencipta sejarah kelab dengan meraih kemenangan terbesar di tempat lawan dalam tempoh 136 tahun selepas membelasah kelab Liga Empat, Newport 8-0.

Burnley pula menewaskan Newcastle 4-3 menerusi penentuan penalti selepas seri 0-0 di St James’ Park. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya