Atlet paralimpik ‘terperangkap’ di Kabul - Utusan Malaysia

Atlet paralimpik ‘terperangkap’ di Kabul

Zakia Khudadadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Zakia Khudadadi sepatutnya menjadi atlet wa­nita Afghanistan pertama beraksi di Sukan Paralimpik Tokyo yang membuka tirai Selasa depan, namun impiannya hancur di­sebabkan krisis yang melanda negaranya.

Selain Zakia, Afghanistan sepatutnya turut menghantar atlet olahraga, Hossain Rasouli.

Presiden Jawatankuasa Pa­ralimpik Antarabangsa (IPC), Andrew Parsons berkata, dia amat sedih dengan nasib dua atlet tersebut yang kini terpe­rangkap di Kabul.

Katanya, beliau menonton video Zakia memohon bantuan untuk membawanya ke Tokyo bagi menyertai Paralimpik 2020.

Hossain Rasouli.

“Tiada penerbangan komersial. Kami sudah lihat imej dari lapangan terbang di Kabul.

“Ia sangat jelas tiada jalan selamat untuk membawa atlet berkenaan ke Tokyo,” kata Parsons dalam satu wawancara.

Zakia yang sepatutnya ber­aksi dalam acara taekwondo dan Hossain sepatutnya tiba di Tokyo, Selasa lalu.

Dalam video yang tular di sosial media kelmarin, Zakia me­rayu pihak tertentu dapat membantunya meninggalkan Kabul dan menjadi atlet wanita pertama beraksi di Sukan Paralimpik.

“Saya lihat video itu. Apa yang terjadi di Afghanistan dan impian atlet musnah benar-benar membuat saya bersedih,” kata Parsons.

Parsons memberitahu, jawatankuasa itu bersama Afghanistan akan membantu Zakia dan Hossain beraksi di Paris 2024 tetapi masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya