Atlet Australia kecewa dikuarantin 28 hari - Utusan Malaysia

Atlet Australia kecewa dikuarantin 28 hari

SESETENGAH atlet Australia perlu menjalani kuarantin 28 hari selepas kembali dari Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sekumpulan atlet ­Olimpik Australia yang baru kembali dari Tokyo terpaksa menjalani kuarantin 28 hari yang disifatkan ‘kejam’ dan ‘tidak bertimbang rasa’ serta dikhuatiri akan memberi kesan kepada kesihatan mental.

Semua pengembara dari luar negara, termasuk 500 anggota kontinjen Australia diminta menghabiskan 14 hari penga­singan di hotel atau kem khas sebaik saja tiba di negara ini, di bawah peraturan Co­vid-19 ketat.

Bagaimanapun sesete­ngah mereka perlu melalui dua proses kuarantin selepas peme­rintah di Australia Selatan memutuskan mereka yang tidak menaiki penerbangan terus ke Adelaide dari Tokyo harus menjalani kuarantin dua minggu lagi.

Terdapat 56 atlet kembali ke Australia Selatan dengan 16 daripadanya sudah menjalani kuarantin di Sydney, yang kini menjalani perintah lockdown.

Ketua Jawatankuasa Olimpik Australia, Matt Carroll berkata, pihaknya mendapatkan nasihat Institut Sukan Australia (AIS) mengenai kesihatan mental ­atlet.

“Ketika negara-negara lain me­raikan kepula­ngan atlet mereka, kita memperlakukan atlet dengan cara pa­ling kejam dan tidak bertimbang rasa.

“Mereka dihukum kerana bangga mewakili negara dengan cemerlang di ­Olimpik,” kata Carroll.

Seluruh kontinjen Australia yang memenangi 17 emas dan 46 pingat keseluruhan telah diberi vaksin penuh, selain menjalani ujian Co­vid-19 setiap hari di Jepun.

Kata Carroll, ini menjadikan mereka ‘be­risiko rendah’, namun permohonan untuk dibebaskan daripada tambahan kuarantin 14 hari di Australia Selatan ditolak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya