Arigato Gozaimasu Tokyo 2020, bien­venue Paris 2024 - Utusan Malaysia

Arigato Gozaimasu Tokyo 2020, bien­venue Paris 2024

PARIS sedia menyambut kehadiran atlet seluruh dunia apabila Olimpik kembali pada 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Padamnya nyalaan obor Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermakna edisi ke-32 temasya ditutup secara rasmi hari ini.

Dibayangi protes, pandemik Covid-19 dan pelbagai ketidaktentuan sebelum bermula, temasya 17 hari itu bagaimanapun berlangsung tanpa masalah.

Biarpun menghimpunkan 11,090 atlet dari 205 buah negara, tiada perkara tidak diingini berlaku.

Biarpun terdapat jangkitan Covid-19 dicatatkan hingga memaksa beberapa nama besar menarik diri, termasuk

Kemenangan skuad bola tampar wanita Amerika Syarikat (AS), iaitu emas pertama mereka dalam sukan tersebut membolehkan negara itu memintas China di hari terakhir temasya untuk muncul juara keseluruhan menerusi 39 emas 41 perak 33 gangsa.

PERCIKAN bunga api mewarnai Stadium Olimpik, Tokyo dalam upacara penutup Olimpik 2020 hari ini. – AFP

China muncul naib juara selepas mengutip 38 emas, 32 perak dan 18 gangsa, diikuti tuan rumah, Jepun dengan 27 emas, 14 perak serta 17 gangsa.

Daripada 10 buah negara Asia Tenggara yang bertanding, Filipina membuat kejutan apabila muncul ‘kuasa besar’ di pentas Olimpik selepas dengan meraih satu emas, dua perak serta satu gangsa, diikuti Indonesia (1-1-3), Thailand (1-0-1) dan Malaysia (0-1-1).

Olimpik Tokyo yang penuh emosi, cabaran dan air mata ditutup dengan percikan bunga api, pertunjukan kebudayaan dan kemasukan atlet membawa bendera masing-masing.

Pada majlis penutup di Stadium Olimpik, Gabenor Tokyo, Yuriko Koike menyerahkan bendera Olimpik kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach, sebelum diserahkan kepada Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo sebagai simbolik buat ibu negara Perancis itu yang akan menjadi tuan rumah kepada temasya tersebut tiga tahun lagi.

Arigato Gozaimasu Tokyo 2020, bien­venue Paris 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya