Air mata iringi perpisahan Messi - Utusan Malaysia

Air mata iringi perpisahan Messi

LIONEL Messi tidak dapat menahan sebak ketika hadir ke sidang akhbar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Barcelona semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Selepas 778 penampilan dan 682 gol bersama Barcelona selama 21 tahun, jodoh Lionel Messi di Camp Nou dipisahkan dengan air mata ketika dia membuat pengesahan akan meninggalkan kelab tersebut.

Messi, 34, yang bakal menyertai Paris Saint Germain (PSG) mengakui ia detik sukar dalam kehidupannya apabila terpaksa berpisah dengan kelab yang begitu dekat dengan hatinya.

“Beberapa hari kebelakangan ini, saya telah banyak memikirkan tentang apa yang dapat saya katakan, dan sebenarnya saya tidak dapat memikirkan apa-apa.

“Ini sangat sukar bagi saya setelah bertahun-tahun, berada di sini sepanjang hidup saya, saya tidak bersedia untuk ini dan saya yakin saya tahu apa yang ingin katakan pada tahun lalu tetapi tahun ini tidak sama,” katanya.

Ratusan peminat memakai jersi No. 10 berkumpul di luar stadium Camp Nou Barca untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pemain itu.

Tahun lalu dia meminta untuk meninggalkan kelab itu tetapi berubah fikiran dan mencapai kesepakatan untuk bertahan tetapi masalah kewangan melanda Barca menyukarkan kelab itu untuk mengekalkannya.

Bintang Argentina itu tidak memiliki kontrak dan akan berhijrah secara percuma namun setakat ini dia tidak mempunyai perjanjian dengan mana-mana pasukan.

“Saya dan keluarga yakin akan terus menetap di Barcelona, itulah yang kita semua mahukan tetapi hari ini (semalam) saya harus mengucapkan selamat tinggal kepada semua.

“Saya telah berada di sini bertahun-tahun, seumur hidup saya sejak berusia 13 tahun. Selepas 21 tahun, saya akan pergi bersama isteri saya, tiga anak kecil Catalan-Argentina.

“Saya cuba bersikap rendah hati dan hormat, saya harap itulah yang akan kekal ketika saya meninggalkan kelab. Selagi saya terus berdaya untuk bersaing dan badan saya bertindak balas (saya akan terus bermain),” ujarnya.

Messi sebelum ini percaya dia akan tinggal bersama kelab itu, bagi perjanjian lima tahun dengan pemotongan gaji 50 peratus, namun ia gagal dimeterai.

“Kontrak saya tidak pernah menjadi masalah, apa yang saya tahu adalah bahawa saya melakukan semua yang saya boleh.

“Kelab mengatakan ia tidak boleh berlaku kerana La Liga. Saya dapat menjamin bahawa saya telah melakukan semua yang saya mampu untuk kekal,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya