PETALING JAYA : Pelumba basikal trek negara negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom berjaya menempah tempat ke pusingan ketiga acara pecut individu, esok selepas menanag dalam saingan repecharges.
Azizulhasni yang turun dalam saingan keempat berjaya mengetepikan acabaran Nick Wammes dari Kanada untuk menempah slot bertemu juara dunia pecut berpasukan, Jeffrey Hoogland dari Belanda.
Shah Firdaus juga berjaya melepasi saingan repechage selepas menewaskan pelumba Poland, Patryk Rajkowski dan bakal menempah aksi menentang pelumba Belanda, Harri Lavreysen.
Ketika perlumbaan berlangsung, Rajkowski terjatuh ketika bergesel dengan Shah Firdaus ketika perlumbaan dilangsungkan sebelum dihentikan bagi memberi ruang untuk pelumba Poland itu menukar basikal.
“Dia memang ada main perang psikologi sejak dari mula, waktu perlumbaan tiba-tiba dia jadi agresif, itu saya tidak faham kenapa. Tapi saya berlumba sahaja,” katanya Shah Firdaus kepada Astro Arena.