Yob guna semua 'senjata baharu' - Utusan Malaysia

Yob guna semua ‘senjata baharu’

PEMAIN Perak menjalani latihan baru-baru ini menjelang pertemuan menentang Terengganu FC malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC akan menurunkan semua pemain import baharunya bagi menghadapi pertemuan dengan Terengganu FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini (9 malam).

Ketua jurulatih pasukan The Bos Gaurus, Chong Yee Fatt berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang menurunkan kesebelasan terbaik untuk perlawanan itu.

Menurut Yee Fatt, rombongan 18 pemain ke Kuala Terengganu mempunyai Jad Nourredin, Charlie Machell, Ghislain Guessan serta beberapa pemain muda Perak II.

Katanya, Leandro Dos Santos dan Careca terpaksa di ketepikan kerana mengalami kecederaan.

“Saya perlukan barisan terkuat kerana Terengganu adalah pasukan yang kuat. Mereka adalah pasukan kedua terbaik liga super ketika ini.

“Hakikat kami tumpas 0-2 kepada mereka di Ipoh di pusingan pertama 14 Mac lalu harus menjadi peringatan kepada pemain Perak.

“Terengganu juga sudah memperkukuhkan barisan dengan menggantikan pemain . Jadi mereka pasti lagi kuat daripada dahulu.

“Pemain Perak tidak boleh bersikap sambil lewa serta melakukan kesilapan ,” kata Yee Fatt.

Jurulatih itu berharap percaturannya membuahkan ganjaran bagi mengubah nasib pasukan itu yang terdampar di kelompok bawahan liga 12 pasukan itu.

Perak setakat ini mengutip 12 mata daripada 13 perlawanan dan perlu mengutip sebanyak mata dalam baki sembilan perlawanan mereka untuk mengelak tersingkir ke Liga Perdana.

“Saya mengharapkan keputusan yang baik dalam kunjungan ke Kuala Terengganu ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya