Wendy, Dhabitah mahu beri segalanya - Utusan Malaysia

Wendy, Dhabitah mahu beri segalanya

WENDY NG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas lima tahun terpaksa menunggu untuk kembali bersaing di Sukan ­Olimpik, Wendy Ng Yan Yee dan Nur Dhabitah Sabri bersedia memberi segalanya apabila turun dalam acara terjun 3 meter (m) papan anjal individu wanita di Pusat Akuatik Tokyo hari ini.

Wendy yang juga pemenang pingat perak Sukan Asia 2018 mengakui, setiap kali bertanding di temasya terbesar dunia itu, perasaan sangat istimewa, namun perkara pertama yang sentiasa bermain dalam fikiran adalah ingin me­lakukan terjunan terbaik.

Katanya, temasya kali ini juga amat berbeza kerana berlangsung dalam keadaan pandemik Covid-19 dan menyaksikan atlet terjun seluruh dunia terkesan daripada segi persiapan.

Semua penerjun menghadapi masalah sama iaitu tidak mempunyai pertandingan yang banyak untuk disertai sebelum bertanding di Olimpik Tokyo 2020 berbanding edisi-edisi terdahulu.

“Rasa gemuruh, risau, memang ada setiap kali turun bertanding dalam apa-apa kejohanan. Situasi memang berbeza berbanding dua Olimpik sebelum ini (London 2012, Rio 2016).

“Bagi saya dan pe­nerjun lain atau atlet lain setiap kali turun bertanding pasti ingin lakukan yang terbaik selepas berusaha keras untuk layak bertanding di Olimpik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Biarpun mengalami sedikit kecederaan di bahu Sabtu lalu, keadaan tersebut langsung tidak mematah semangat penerjun berusia 28 tahun itu untuk bertanding.

NUR DHABITAH SABRI

“Bahu sedikit terseliuh tetapi jangan risau semangat saya kuat dan akan terus berjuang,” ujarnya.

Sementara itu, Dhabitah, 22, menggunakan media sosial untuk menghilangkan tekanan apabila sering membuat live di Instagramnya ketika berada di Tokyo.

Dalam dua edisi Olimpik di London 2012 dan Rio 2016, skuad terjun negara berjaya membawa pulang gangsa dan perak sekali gus diletakan sebagai prospek pingat buat kontinjen negara di temasya kali ini.

Seramai 27 penerjun akan ber­aksi dalam saingan kelayakan hari ini, namun hanya 18 layak ke separuh akhir dan 12 melangkah ke final.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya