Verstappen selar Hamilton, tiada semangat kesukanan - Utusan Malaysia

Verstappen selar Hamilton, tiada semangat kesukanan

LEWIS Hamilton memeluk trofi Grand Prix Britain di Litar Silverstone semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SILVERSTONE: Max Verstappen menuduh Lewis Hamilton tidak ‘menghormati’ lawan dan ‘tiada semangat kesukanan’ selepas kedua-dua pelumba itu berlanggar, hingga membawa Hamilton menjuarai Grand Prix Formula Satu (F1) Britain buat kali kelapan semalam.

Verstappen sebaliknya dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjutan sebagai langkah berjaga-jaga ekoran pelanggaran yang berlaku pada pusingan pertama.

“Sangat kecewa terkeluar dengan cara begini.

“Menonton lawan meraikan kemenangan ketika anda masih di hospital sangat tidak sopan dan tiada semangat kesunanan tapi kami teruskan,” kata Verstappen.

Verstappen memuat naik di akaun Twitter keadaannya ‘OK’, sebelum dibenarkan keluar dari hospital.

Hamilton dikenakan penalti 10 saat untuk insiden tersebut yang menyebabkan dia jatuh ke tangga keempat selepas melakukan hentian pit, namun berjaya memintas pemandu Ferrari, Charles Leclerc untuk memenangi perlumbaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya