Tugas sukar dua pasukan Perak - Utusan Malaysia

Tugas sukar dua pasukan Perak

PEMAIN Perak menjalani latihan di Johor semalam dalam persiapan menghadapi JDT malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kedua-dua pasukan Perak FC berhadapan tugas berat dalam Liga Super dan Liga Perdana malam ini.

Ini kerana masing-masing akan bertemu pasukan handalan iaitu Johor Darul Ta’zim ( JDT) dan Negeri Sembilan FC di gelanggang lawan.

Anak-anak buah Chong Yee Fatt bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim manakala Perak II akan bertemu Negeri Sembilan FC di Stadium Paroi.

Jurulatih Perak II, Syamsul Mohd. Saad sedar akan ujian getir dihadapi kedua-dua pasukan.

SKUAD muda Perak II akan menentang pasukan berpengalaman, Negeri Sembilan dalam saingan Liga Perdana malam ini.

“Memang berat tugas kami minggu ini. Pasukan Liga Super bertemu pasukan teratas manakala kami berhadapan pasukan kedua terbaik Liga Perdana.

“Kami akan memerlukan segala keajaiban dalam perlawanan ini nanti,” kata Syamsul.

Sehubungan itu Syamsul berharap anak buahnya berupaya bangkit daripada kekalahan 0-4 di tangan Kelantan United di Ipoh, Rabu lalu.

“Kami akan turun tanpa beberapa orang lagi pemain utama selain Sergio Aguero yang dibawa bersama ke Johor,” katanya.

Begitupun untuk perlawanan ini Perak II akan mencuba Zubairou Zibao untuk membantu pemain naturalisasi Indonesia itu menyediakan diri.

“Kita dapat kelulusan menggunakannya untuk perlawanan dengan Kelantan tetapi tidak menurunkan pemain itu kerana salah faham.

“Jadi kali ini Perak II akan mempunyai khidmat seorang pemain import,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya