‘Tolonglah bagi penyokong masuk’ - Utusan Malaysia

‘Tolonglah bagi penyokong masuk’

SKUAD Olimpik Jepun ketika menentang pasukan bawah 23 tahun Sepanyol dalam aksi persahabatan menjelang Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Sabtu lalu. - Ihsan JAPAN FOOTBALL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kapten Jepun, Maya Yoshida memohon penganjur Sukan Olimpik 2020 Tokyo agar mempertimbangkan kemasukan penyokong ke dalam stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak.

Tokyo berada dalam keadaan darurat susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, dengan Perkampungan Olimpik turut menjadi ancaman wabak tersebut.

Keadaan tersebut telah menafikan peluang atlet tuan rumah untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri dan Yoshida mengakui sangat sedih kerana perlu bermain di stadium kosong.

Yoshida yang mengetuai Jepun ketika terikat 1-1 dengan Sepanyol dalam aksi pemanas badan berdepan Sepanyol, Sabtu lalu berharap, penganjur mempertimbangkan permohonannnya sebelum acara bola sepak dimulakan esok.

“Saya rasa banyak wang rakyat diperuntukkan untuk menganjurkan temasya berprestij ini.

“Begitupun, penyokong ti­dak dapat datang menonton. Oleh itu, saya tertanya-tanya, untuk apa Sukan Olimpik ini diadakan.

“Sudah pasti atlet ingin beraksi di depan peminat. Keluarga kami telah berkorban dan bersabar dalam banyak hal, mereka menyokong kami ketika kami beraksi di Eropah.

“Bukan hanya pemain yang bertan­ding malah ahli keluarga kami, setiap daripada mereka.

“Jadi jika mereka tidak dapat menonton kejohanan ini, jadi untuk siapa dan tujuan apakah ia dilangsungkan. Ini yang menjadi persoalan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya