Tokyo 2020 catat kes positif pertama atlet - Utusan Malaysia

Tokyo 2020 catat kes positif pertama atlet

ANGGOTA beberapa delegasi menunggu keputusan ujian Covid-19 selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita semalam untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Dua atlet menjadi yang pertama diuji positif Covid-19 di Perkampungan Olimpik Tokyo, kata penganjur beberapa hari menjelang temasya bermula secara rasmi.

Kes pertama itu pasti meningkatkan kebimbangan mengenai temasya yang sebelum ini mendapat tentangan kerana dikhuatiri akan mencetus lebih banyak kes baharu di Jepun.

Senarai kes harian menunjukkan dua atlet disahkan positif di Perkampungan Sukan, manakala satu lagi di tempat lain.

Ia berlaku sehari selepas seorang disahkan positif namun bukan dalam kalangan atlet, sekali gus menjadi kes pertama di Perkampungan Olimpik itu.

Perkampungan Olimpik yang merangkumi beberapa kompleks pangsapuri dan dewan makan akan menempatkan 6,700 atlet serta pegawai apabila temasya bermula secara rasmi pada 23 Julai.

Olimpik Tokyo yang berlangsung secara tertutup bagi menghalang jangkitan wabak Covid-19 kurang mendapat sokongan di Jepun berdasarkan pungutan suara yang dijalankan sebelum ini.

Semalam, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach merayu agar peminat Jepun dapat menyertai temasya itu sambil mengakui, ‘amat memahami keraguan’ di sekitar temasya.

Sebelum ini, seorang staf kontinjen Olimpik Czech yang tidak didedahkan namanya, juga diuji positif Covid-19 sejurus selepas mendarat di Tokyo, umum Jawatankuasa Olimpik Czech dalam satu kenyataan, semalam.

“Malangnya, dengan pelbagai langkah yang diambil, kita tak mampu mengatasi situasi ini,” kata Ketua Pasukan Olimpik Czech, Martin Doktor. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya