Tesco tutup kedai awal kerana Euro 2020 - Utusan Malaysia

Tesco tutup kedai awal kerana Euro 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pasar raya Tesco dan Co-op akan ditutup awal esok bagi membolehkan kakitangannya menonton perlawanan akhir Euro 2020.

Pertembungan England menentang Itali akan bermula pukul 8 malam waktu tempatan (3 pagi Isnin waktu Malaysia) di Stadium Wembley dan akan disiarkan di seluruh United Kingdom (UK) menerusi BBC dan ITV.

Co-op akan menutup semua 2,034 gedungnya di England pada pukul 7.45 malam esok, sementara 1,600 cawangan Tesco Express akan melakukan perkara sama, dan bukannya ditutup pada pukul 10 atau 11 malam seperti kebiasaan.

Kedai kemudian akan dibuka semula seperti biasa pada keesokan hari, dengan biasanya dibuka dari 6 pagi atau 7 pagi, lapor The Mirror.

Pasar raya Lidl pula mengumumkan, 700 kedainya di seluruh England akan dibuka lewat pada Isnin bagi membolehkan kakitangan mereka mempunyai rehat yang cukup selepas menonton perlawanan – tetapi hanya jika England menang.

Sekiranya Three Lions tewas kepada Itali, maka kedai mereka akan dibuka seperti biasa iaitu bermula 8 pagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya