Teruk sangatkah pakaian kontinjen Olimpik Malaysia? - Utusan Malaysia

Teruk sangatkah pakaian kontinjen Olimpik Malaysia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak beberapa hari ini kecoh orang memperkatakan tentang pakaian yang dipakai kontinjen Malaysia dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020, Jumaat lalu.

Ada yang komen macam corak geometri, terlalu moden dan tidak melambangkan budaya Malaysia.

Bagaimanapun ramai juga yang memuji busana rekaan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu kerana menggabungkan dua elemen penting ‘budaya dan sukan’.

Kata mereka ini bukan upacara kebudayaan, tetapi acara sukan yang perlu menampakkan elemen ‘garang’, namun dalam masa sama menyelitkan budaya Malaysia.

Cantik atau tidak itu subjektif. Ada yang kata cantik, ada yang kata pelik.

Apa pun, selepas tamat upacara pembukaan beberapa media antarabangsa, termasuk Yahoo!, NZ Herald dan Outsider menyenaraikan 10 busana terbaik dan terburuk dalam upacara pembukaan di Stadium Olimpik Tokyo itu.

Apakah pakaian kontinjen kita berada dalam senarai? Lihat pandangan ‘dunia’. – AGENSI

10 TERBAIK

1. KEPULAUAN COOK

WARNA, budaya dan kelas daripada Kepulauan Cook.

2. ANGOLA

SUKAR untuk membuat gaun hitam kelihatan ceria tetapi Angola berjaya melakukannya, dengan corak pusaran yang indah yang menyatukan seluruh pasukan.

3. CAMEROON

SEDAP mata memandang.

4. TUVALU

MATIE Stanley (kanan) dan Karalo Hepoiteloto Maibuca bergaya dengan busana tradisional.

5. PORTUGAL

RINGKAS, kemas tetapi menarik.

6. LIBERIA

RINGKAS tetapi elegan. Cukup untuk membawa elemen tradisi dan sukan.

7. GREECE

BUSANA lelaki mungkin biasa-biasa, namun skirt yang digunakan kontinjen wanita kelihatan bergaya. 

8. BRAZIL

ATLET Brazil memakai pakaian ala ‘Hawai’ kerana apabila berfesyen, mereka tahu apa yang benar-benar melambangkan negara. 

9. NEW ZEALAND

KELAS, keanggunan. Pakaian yang sesuai dengan sebarang pingat emas.

10. BHUTAN

CORAK yang agak rumit. Bhutan tidak bergurau dalam soal fesyen.

 

10 ‘KURANG’ CANTIK 

1. UKRAINE

2. BERMUDA

 

3. AMERIKA SYARIKAT

4. GEORGIA

5. PARAGUAY

6. SWITZERLAND

 

7. LUXEMBOURG

8. ITALI

9. AUSTRALIA

10. KANADA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya