Terpaksa lupakan aksi Olimpik, kuda sakit gigi - Utusan Malaysia

Terpaksa lupakan aksi Olimpik, kuda sakit gigi

Victoria Max-Theurer bersama kudanya, Abegglen NRW.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Cabaran atlet Austria, Victoria Max-Theurer dalam Sukan Olimpik berakhir sebelum ia sempat bermula selepas kuda yang ditunggangnya dalam acara ekuestrian dressage sakit gigi.

Max-Theurer menyedari kudanya yang berusia 11 tahun, Abegglen NRW bersikap pelik dalam sesi latihan.

Selepas membuat pemeriksaan kesihatan kelmarin, imbasan x-ray menunjukkan dia mengalami jangkitan di gigi.

“Kesejahteraan kuda selalu berada dalam keutamaan saya.

“Selepas menjalani latihan dan memberi tumpuan selama lima tahun, kami tidak dapat beraksi di Olimpik untuk membuktikan kemampuan.

“Ia sesuatu amat menyakitkan tetapi yang paling penting adalah mengekalkan kesihatan kuda saya,” kata Max-Theuer kepada Dressage News.

Max-Theuer membuat penampilan pertama Olimpik di Athens 2004. Tokyo adalah temasya kelima buatnya.

Ibunya, Sissy Max-Theuer memenangi pingat emas dalam dressage pada Sukan 1980 di Moscow.

“Berita ini adalah memberi tamparan hebat buat Victoria. Kami berharap, keadaan Abegglen akan bertambah baik dalam masa terdekat dan Victoria teruskan perjuangan,” kata Peter Mennel dari Jawatankuasa Olimpik Austria. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya