Terjun boleh tampil aksi luar biasa - Utusan Malaysia

Terjun boleh tampil aksi luar biasa

MALAYSIA pernah meraih pingat perak menerusi gandingan Jun Hoong (kiri) dan Pandelela dalam acara 10m terjun seirama di Olimpik 2016 Rio.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican percaya atlet terjun boleh melakukan aksi luar biasa di Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Katanya, penerjun seperti Cheong Jun Hoong, Pandelela Rinong Pamg dan Leong Mun Yee pernah memenangi pingat di persada antarabangsa termasuk di kejohanan dunia.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan persiapan mereka untuk ke Tokyo dan saya percaya mereka mampu melakar sejarah untuk negara.

“Terjun sememangnya menjadi sandaran pingat di Tokyo, mereka pernah memberikan pingat perak kepada kita sebelum ini selain berbasikal dan badminton juga merupakan prospek negara untuk meraih pingat,” katanya.

Di Olimpik 2016 Rio, Malaysia meraih perak dalam acara 10m terjun seirama menerusi gandingan Jun Hoong dan Pandelela, manakala pingat gangsa di Olimpik 2012 London daripada ratu terjun negara itu (10m platform).

Sementara itu, Reezal Merican berharap, rekod tiga pingat perak Datuk Lee Chong Wei di Sukan Olimpik dapat dipecahkan.

Katanya, Chong Wei merupakan simbol kesungguhan buat atlet Malaysia dan memiliki semangat serta keazaman yang tinggi.

“Chong Wei sudah mencuba tiga pentas Olimpik, meraih perak di Beijing, perak di London dan perak terakhir di Rio.

“Sebagai rakyat Malaysia sudah pasti dia juga mahu rekodnya dipecahkan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya