Terengganu tumbang di Melaka - Utusan Malaysia

Terengganu tumbang di Melaka

SONY NORDE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Terengganu FC gagal menghambat pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila tumpas 2-0 kepada Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Jaringan pemain import dari Haiti, Sony Norde pada minit ke-36 dan bintang import baharu, Adriano Narcizo di minit ke-77 begitu berharga buat skuad Sang Kancil.

Selepas terikat 1-1 menentang Sri Pahang pada Sabtu lalu di tempat lawan, corak permainan anak didik jurulatih, Zainal Abidin Hassan malam ini jauh lebih bertenaga.

Buat Terengganu yang menduduki tangga kedua Liga Super di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) kekalahan itu sedikit mencalar reputasi mereka selepas membelasah Perak 5-0 Sabtu lalu.

Kemenangan itu membolehkan MU mengutip 15 mata memperbaiki kedudukan tangga ke-10 naik ke tempat kesembilan.

Pada minit ke-23, pemain tengah tuan rumah, Manuel Ott nyaris memecah kebuntuan jaringan gol apabila sepakan kencang berjaya ditangkap kemas penjaga gol Terengganu, Mohd. Suhaimi Husin.

Melaka lebih awal meledakkan jaringan pertama menerusi pemain import, Sony Norde pada minit ke-36.

PEMAIN Melaka United, Glovane Gomes Da Silva (kiri) bersaing Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni dari Terengganu dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini.  – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

Norde yang hantaran Giovane Gomes tidak menghadapi masalah melepas sepakan lencong kaki kanan terus menerjah penjuru kanan pintu gol Terengganu.

Tersentak dengan gol awal Melaka, anak didik jurulatih, Mohd. Nafuzi Mahamad Zain menerusi rangkaian tiga serangan Mohamad Faisal, Makan Konate dan David Da Silva sukar menembusi benteng tuan rumah.

Pada minit ke-55 pemain lincah tuan rumah S. Kumaahran merembat kencang dari luar kotak penalti namun tangkas didakap Mohd. Suhaimi.

Empat minit selepas itu pemain gantian Terengganu, Mohamad Hakimi Abdullah merembat kencang namun berjaya diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Tuan rumah menambah gol kedua menerusi pemain import, Adriano Narcizo pada minit ke-77.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya